Mesyuarat Bersama Kakitangan Pusat Internet Komuniti
6 November 2020 | Aktiviti TerkiniPihak Pengurusan Nera telah menganjurkan mesyuarat secara atas talian bersama dengan kakitangan PIK dibawah seliaannya bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu kerja bagi setiap kakitangan PIK. Ini memudahkan pihak pengurusan dan kakitangan untuk mengajukan sebarang persoalan atau kekeliruan dalam skop tugasan kerja yang diberi. Disamping itu, ia dapat mengeratkan silaturrahim dan saling mengenali antara satu sama lain walaupun tidak bersemuka. Bagi PIK PPR Kg. Batu Muda, pihak kami bekerja dari rumah disebabkan PKPB.
Tarikh: 5/11/2020
Masa: 9.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat: Bekerja Dari Rumah
Butiran Aktiviti:
1. Ketua Pengurusan menerangkan beberapa skop kerja yang perlu diperbaiki.
2. Soal jawab antara kakitangan PIK dan pihak pengurusan Nera yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: